Balm Tasneem Naturel Bantu Atasi Lima Masalah Anak-anak
Assalamualaikum.
Secara umumnya ada lima masalah yang sering terjadi kepada anak kecil dan tidak terkecuali kepada orang dewasa iaitu :
- Sukar tidur
- Tantrum dan stress
- Demam dan batuk berpanjangan
- Sakit perut (gejala kembung perut, sembelit)
- Kulit sensitif atau ekzema
Sekarang banyak produk berasaskan “Essential Oil” atau minyk pati tumbuhan digunakan sebagai cara alternatif melegakan masalah-masalah yang dinyatakan di atas. Tetapi jika diteliti harga memang tidak semua orang mampu menggunakannya. Secara peribadi, saya memang ada menggunakan EO untuk mengatasi masalah kesihatan keluarga saya. Cuma, EO ini tidak boleh di sapu terus kepada anak kecil. Minyak pati berkepekatan tinggi. Jika disapu terus kepada kulit tanpa dicairkan (dilute) kepada dos bersesuaian dibimbangi organ anak-anak yang masih belum matang tidak dapat memproses bahan ini. Saya mencari satu produk berasaskan EO dan boleh diguna terus kepada anak-anak.
Allah detikkan hati saya untuk mencuba Balm Tasneem Naturel. Balm pertama yang saya guna adalah Calm Time. Saya sangat berpuas hati dan membuat keputusan menggunakan kesemua jenis balm Tasneem Naturel yang ada. Alhamdulillah, keputusan positif setiap kali guna. Dengan izin Allah.
Saya nak kenalkan lebih lanjut Balm Tassneem Naturel ini kepada anda.
Kenapa berbentuk balm? Ini kerana essential oil tidak boleh disapukan terus pada kulit anak, ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi. Balm Tasneem Naturel menggunakan dos essential oil sesuai untuk anak kecil.Yang pasti balm Tasneem Naturel ini tiada bahan kimia seperti paraben atau SLS yang menyebabkan keradangan pada kulit bayi. Balm Tasneem Naturel hanya menggunakan bahan- bahan semulajadi seperti berikut:
1. Essential oil mengikut jenis balm
Setiap balm Tasneem Naturel mempunyai 7-10 essential oil yang telah dicampurkan mengikut dos bayi atau istilah dalam penghasilan minyak pati pokok dinamakan telah di ‘dilute’. Setiap essential oil yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) yang mana sijil ini diperlukan untuk mendapatkan kelulusan KKM. Balm Tasneem Naturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.
3. Shea butter
Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.Shea butter mampu melembapkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.
4. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Naturel. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa. Balm Tasneem Naturel ini mempunyai 5 jenis.
- Calm Time
- Sleep Time
- T-Rub
- CF-Rub
- Skeenz
Calm Time Tasneem Naturel

Membantu menstabilkan emosi baik kepada bayi atau orang dewasa. Apabila disapu pada anak, ia akan menenangkan saraf anak yang menegang akibat tantrum atau sesi mengamuk tadi. Bagi orang dewasa pula, Calm Time membantu memberi rasa tenang dan mengurangkan stress.Kelebihan Calm Time adalah menyelesaikan masalah:
- – Anak kuat meragam dan tantrum
- – Anak kurang fokus
- – Anak sering menangis
Malah ia juga berfungsi dan berkesan kepada orang dewasa.
Sleep Time Tasneem Naturel

Sleep Time Tasneem Naturel membantu memperbaiki hormon tidur anda atau anak anda. Minyak pati cedarwood yang digunakan dalam sleep time boleh mengimbangkan hormon tidur dan jaga.Kelebihan Sleep Time adalah dengan menyelesaikan masalah:
- – Anak susah tidur malam
- – Anak tidak tidur lama atau nyenyak
- – Orang dewasa yang tidur tidak teratur
- – Masalah tidur malam bagi kanak-kanak atau orang dewasa
T-Rub Tasneem Naturel

T-Rub adalah balm wajib ada dalam setiap kit kecemasan anak. Kelebihan T-rub adalah menyelesaikan masalah:
- – Bayi sukar buang air besar
- – Bayi selalu kembung perut
- – Anak sakit perut
- – Anak susah membuang air besar atau sembelit
- – Orang dewasa / kanak-kanak yang sakit perut atau cirit birit
CF-Rub Tasneem Naturel

CF-Rub juga wajib ada dalam kit kecemasan anak. Kita tak tahu bila anak akan terkena selsema atau batuk. Jika sudah ada tanda- tanda anda boleh kerap sapu balm CF-Rub ini. Antara kelebihan CF-Rub adalah untuk mengatasi masalah:
- – Batuk malam
- – Susah bernafas kerana selesema
- – Selesema dan batuk
- – Anak nak mula demam
Skeenz Tasneem Naturel

Skeenz membantu melegakan masalah kulit sensitif di kalangan bayi baru lahir ke dewasa. Kebiasaannya, bayi yang baru lahir kulitnya sensitif dan mudah terjadi ruam . Balm Skeenz Tasneem ini khusus untuk melegakan masalah berkaitan kulit seperti:
- Kulit sensitif
- Ruam
- Ekzema
- Kulit kering
Balm Skeenz ini sesuai diguna oleh orang dewasa yang mempunyai kulit kering atau sensitif. Bagi yang bekerja di pejabat berhawa dingin dan terdedah kepada kekeringan kulit patut cuba balm Skeenz ini.
Testimoni
Di bawah adalah beberapa testimoni pengguna-pengguna yang mencuba Balm Tasneem Naturel ini:





Testimoni orang dewasa



Anak atau anda sendiri ada masalah berkaitan di atas? Jangan tunggu.
Tekan untuk tempahan : Nak Balm Tasneem Naturel
Assalamualaikum..Saya adalah seorang pengguna cf rub selama 4 tahun.Saya terjumpa cf rub ini tanpa sengaja.Ini kerana saya apabila batuk akan sekali asma.Walau saya tahu cf rub untuk bayi dan kanak-kanak,tapi saya fikir x salah mencubakan.Alhamdulillah cf rub serasi dengan saya.Saya juga hadiahkan cf rub bt abah,ibu mentua dan ankak saudara.