Baby Carrier Yang Selamat Untuk Bayi Anda

Antara barangan yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa adalah alat menggendong bayi atau baby carrier. Apabila anak lebih dari seorang boleh buat bajet untuk sediakan alat kendong bayi bagi memudahkan ibu bapa ketika berjalan-jalan. Moga ibu bapa berwaspada memilih baby carrier selamat untuk anak. Duit boleh dicari, nyawa anak tiada ganti.

“For baby carriers, the unsafe products identified were the MINE 4 Position Baby Carrier, OEM Adapt 3 Position Baby Carrier, Sorbebe Airo Robic Hip Seat Baby Carrier and the I-Angel Miracle Hip Seat Carrier. 
The key safety issues for the carriers were that the fastener broke because it was unable to support the weight of a baby and that there was a lack of instructions for proper usage, which may lead to improper use, “causing injuries and suffocation”, Enterprise Singapore added.”


Artikel penuh boleh dibaca pada link di bawah :
https://bit.ly/36HLd4L
Baca kenapa” hipseat carrier” tidak digalakkan pada link di bawah :
https://bit.ly/36FrbYz


Gambar di bawah adalah Sorbebe Airo Robic Hip Seat Baby Carrier – salah satu produk dikenalpasti sebagai tidak selamat oleh Enterprise Singapore.

Jenis baby carrier atau alat kendong bayi yang selamat adalah :
1. Wrap (termasuk juga kain batik lepas) 2. Ring Sling3. Soft Structured Carrier4. Meh Dai5. Onbuhimo
Baby carrier seperti dinyatakan adalah selamat dan selesa diguna oleh ibu bapa dan anak. 


Bagaimana sepatutnya anak duduk di dalam baby carrier? 

Rujuk infografik di bawah. 

Perkara asas dan penting untuk ibu bapa ikuti semasa mengendong anak ialah :
1. Sentiasa pastikan ada ruang bernafas untuk anak di dalam baby carrier. Pastikan muka anak tidak tenggelam di dada ibu bapa. Cara paling mudah adalah dahi anak dilaras setentang dengan dagu ibu bapa semasa dalam baby carrier. Ibu bapa boleh mencium dahi anak tanpa perlu menundukkan muka terlalu rendah. 
2. Pastikan anak duduk dengan betul di dalam baby carrier. Kedudukan anak adalah betul apabila lututnya lebih tinggi dari punggung dan kelihatan membentuk huruf M apabila dilihat dari belakang. 
3. Sepatutnya pemakaian baby carrier memberi keselesaan kepada ibu bapa dan anak. Berat anak akan ditampung oleh baby carrier dan ini akan membuatkan ibu bapa tidak terasa beban mendukung anak. Sekiranya masih terasa tidak selesa, perlu lihat kembali samada cara pemakaian betul atau tidak. 

Moga info ini membantu ibu bapa membuat pilihan yang tepat untuk anak.


Salam kasih, 

Noraida Mansor 

Authorised Seller

Snuggbaby Baby Carrier

011-63281303

Share to anyone!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *