MasyaAllah bersawang macam apa dah blog ni. Barulah nak munculkan diri ni. Hehehe.
Dah menghampiri tahun baru 2023. Disember ini banyak kejadian yang meruntun jiwa, memberi keinsafan dan membangkitkan hati yang mati serta mencelikkan mata tiap orang.
Dimulai dengan tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Sedihnya ramai guru yang terkorban. Walaupun tidak kenal secara peribadi, tapi membayangkan bila buka cuti sekolah nanti, tiada guru, kawan sekerja yang sudah biasa bersama. Bukan seorang dua, ramai. Bagaimanalah perasaan rakan sekerja dan anak muridnya. Sedih! Sehingga hari ini, masih ada lagi mangsa yang belum dijumpai. Moga dipemudahkan urusan anggota penyelamat menjalankan tugas dan diberi kesihatan terbaik semasa membuat operasi mencari dan menyelamat.
Minggu ini pula negeri-negeri di Pantai Timur terkesan banjir. Banjir terlalu cepat sehingga membataskan anggota penyelamat hadir segera memberi bantuan. Masing-masing tolong sesama sendiri. Bukan biasa-biasa banjir di sana, melibatkan arus sungai yang deras. Hari ini, di belah negeri Terengganu nampak sedikit reda. Sedikit sahajalah kerana selesai di Hulu Terengganu, Dungun pula nampaknya mula banjir.
Apapun moga ada berita gembira sebelum habis tahun 2022 ini.
Moga tahun 2023 memberi sinar kebahagiaan kepada semua orang.
Menulis untuk kenangan 2022,
Eda